iklan!!!!

Jumaat, 3 Februari 2012

Cubalah Makan Petai Bersalut Coklat



As-Salam.
Sapa suka makan petai? Kalau suka sila sebut PEEEEEEETAAAAAAAIIIIIII ... hehehe... (kalau anda buat apa saya suruh ni - ishhh saya larik!). Saya tak suka makan petai sebab ia busuk, dan kalau ikut hukum dalam Islam, ia adalah makanan makruh dimakan sebab berbau. Tapi, saya sesekali makan gak petai ... tak suka bukan bermakna saya tak makan langsung, cuma kurang je .... saya tak macam sorang artis tu, yang makan petai macam keropok ... hehehe...


Tapi jangan salah anggap, petai ni banyak khasiatnya weeihhh ... busuk2 pun beri manfaat kepada manusia. Apakah yang bestnya bila makan petai ni?


Antara manfaat kesihatan yang boleh kita dapat jika makan petai ialah:

  1. Kurangkan risiko strok. Menerusi penelitian dalam The New England Journal of Medicine, didapati amalan memakan petai setiap hari boleh mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.
  2. Nak berhenti merokok? Cuba makan petai dengan lebih kerap. Didapati kandungan vitamin B6, B12, Kalium dan Magnesium yang terdapat dalam petai boleh membantu tubuh sembuh daripada ketagihan nikotin.
  3. Kandungan zat besi adalah tinggi dalam petai, maka ia berupaya untuk stimulasi pembentukan sel darah merah.
  4. Serat yang tinggi dalam petai boleh membantu mereka yang menghadapi masalah sembelit. Serat membantu dalam proses pencernaan di dalam tubuh badan.
  5. Makan petai bersalut coklat! Hmm saya tak pasti ada resepi mengenainya, tetapi menurut kajian, jika anda makan coklat untuk hilangkan stress, anda mungkin berhadapan dengan masalah kegemukan, tetapi jika makan petai, anda boleh mengatasi masalah kegemukkan, so buat penggemar coklat, apa kata makan petai disamping coklat atau buat je petai bersalut coklat!
Disediakan oleh:Budak genius 99

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...